SELAMAT DATANG KE BLOG KELAS 5ICT2 SMK MUNSHI ABDULLAH

Pages

Tuesday 21 June 2011

SUKAN SATU MALAYSIA

Gabungan tenaga rakyat pelbagai kaum untuk harum negara: Najib



PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, bidang sukan adalah gambaran sebenar kepada konsep 1Malaysia yang membabitkan penggemblengan tenaga rakyat pelbagai kaum untuk mengharumkan nama negara.

Perdana Menteri berkata, bidang sukan juga menepati satu daripada prinsip 1Malaysia yang dilhamkannya, iaitu kebersamaan apabila atlit pelbagai kaum mewakili negara bagi mengharumkan nama Malaysia.

"Apabila saya mengambilalih pentadbiran, saya memperkenalkan konsep 1Malaysia dan satu daripada prinsipnya ialah kebersamaan.

"Ini bermakna setiap warga negara adalah penting untuk negara, setiap warga negara menyumbang kepada kejayaan negara dan setiap warga negara perlu mendapat pembelaan," katanya berucap pada majlis Malam Amal-Anda Tetap Di Hati dan pelancaran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), di sini malam tadi.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri yang juga Penaung Yakeb, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Turut hadir, Pengerusi The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang; CEO Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Datuk Seri Farid Ridzuan dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mior Kamarul Shahid.

Majlis makan malam itu diadakan untuk mengutip dana Yakeb bagi membantu bekas atlit yang kurang bernasib baik selepas mereka bersara daripada bidang sukan. Program amal itu turut mendapat sokongan Media Prima dan NSTP yang mempamerkan gambar detik kejayaan atlit negara. Artis Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan dan Rani Mukherji turut dijemput dan membuat persembahan.

Najib berkata, penubuhan Yakeb adalah selaras dengan konsep itu untuk terus membantu bekas atlit yang pernah mengharumkan nama negara.

Beliau berkata Yakeb menggambarkan semangat 1Malaysia kerana dalam sukan tidak ada batasan kaum, agama dan fahaman.

Najib juga menyebut tiga bekas atlit yang mendapat perhatian Yakeb iaitu N Nandarajan, bekas jaguh olahraga yang kini kecederaan kepala serta dua bekas pelumba basikal negara, Ramli Hashim yang menghidap sakit jantung dan Toh Kim Soon (kencing manis).

"Ketiga-tiga mereka mewakili rakyat Malaysia (jadi) apa bezanya mereka bertiga? Mereka semua rakyat Malaysia dan kita bantu mereka," katanya.

Sementara itu, Rosmah mengumumkan penubuhan Koperasi Atlet Malaysia Berhad dan beberapa skim perlindungan insurans bagi meringankan bekas atlit negara khususnya yang kurang upaya dan uzur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...