Pada 26.4.2011 kami telah menyambut ulang tahun kelahiran sahabat kami untuk mengeratkan hubungan antara rakan sekelas dan sebagai kenangan untuk tahun 2011 yang merupakan tahun terakhir bagi kami di sekolah ini bersempena peperiksaan SPM yang bakal kami duduki beberapa bulan lagi.
Tuesday, 28 June 2011
Sukan Tahunan
Sukaneka sekolah SMK Munshi Abdullah telah diadakan pada 27 hingga 28 JUN 2011.
Banyak acara yang telah di pertandingkan.
Antaranya ialah merejam lembing, lempar cakera, lompat tinggi dan lontar peluru.
Monday, 27 June 2011
Misi Dan Visi 5ICT2
MISI
BERSEDIA UNTUK BELAJAR MENJADI INSAN
CEMERLANG DARI SEGI INTELEK, ROHANI,
EMOSI DAN JASMANI SERTA
BERKETERAMPILAN.
VISI
SEMUA PELAJAR 5ICT2 CEMERLANG SPM.
Hari Interaksi
Hari Interaksi diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa,guru dan pelajar.
Selain itu, ia juga dapat berbincang tentang sahsiah dan prestasi pelajaran pelajar.
Lawatan Sambil Belajar
Salah seorang pelajar 5ict2 yang telah mengikuti lawatan ini,iaitu Zamierotun Nadhamah Bt Mohd Yusof.
Antara guru pengiring yang mengiringi iaitu Pn Nurul Syahida Bt Ibrahim dan Pn Khasimah Bt Awang Aziz.
KLPAC-30APRIL2011, Persatuan Seni & Kebudayaan SMK Munshi Abdullah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke KLPAC dan Pusat Kraf Jalan Conlay. Empat orang guru telah mengiringi pelajar yang mengikuti lawatan tersebut. Seramai 40 orang pelajar telah menyertainya.
Hari Anugerah
HARI KECEMERLANGAN
Pada 27 April 2011 telah diadakan hari anugerah kecemerlangan pelajar tahun 2010.
Hari kecemerlangan itu telah dirasmikan oleh Yang di Pertua PIBG iaitu Tuan Hj Abdul Rahman Bin Bakri.
Di samping itu, tiga orang pelajar telah diberi anugerah kedudukan dalam kelas terbaik.
Tempat pertama : Nor Shamiza Bt. Mohd Abu Suhor
Tempat kedua : Nur Ain Bt. Zainal Abidin
Tempat ketiga : Nur Syazwani Bt. Selamat
Program Sekolah Sahabat UNISEL
Pada 22.4.2011 hingga 24.4.2011 kami telah menyertai ke program Sekolah Sahabat UNISEL di Unisel Bestari Jaya, Kuala Selangor. Program ini telah disertai oleh 40 orang pelajar dan diiringi oleh seorang guru, Cik Nazliyana bt. Mashudi. Antara sekolah yang terlibat ialah Smk Batu Laut, Smk Taman Seri Muda, Smk Sungai Kertas, Smk Seri Tanjong dan Smk Telok Gadong. Antara aktiviti yang dilakukan ialah program motivasi untuk peserta SSU, mencari harta karun dan pengenalan tentang Sains. Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan prestasi akademik calon SPM 2011 di setiap daerah negeri Selangor. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan para peserta mengenali antara satu sama lain dan bekerjasama dalam satu pasukan.
Keceriaan Kelas
Kami telah bekerjasama untuk mencantikkannya.
Dengan usaha kami, kelas kami telah memenangi kelas terbilang selama 3 kali berturut - turut.
Kebersihan adalah salah satu perkara yang dituntut dalam islam.
KEBERSIHAN ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Sunday, 26 June 2011
Pembantu Editor 2
NAMA: NUR AIN BT ZAINAL ABIDIN
KELAS: 5 ICT2
UMUR: 17 TAHUN
KEMAHIRAN: MAHIR DALAM BIDANG GEOGRAFI,SEJARAH DAN PERDAGANGAN.
JAWATAN DISANDANG: PENGAWAS SEKOLAH, NAIB PENGERUSI KELAB KESIHATAN, BENDAHARI KELAS, AJK SUKAN & PERMAINAN HOKI.
EMAIL: niaelisha@gmail.com
Pembantu Editor 1
NAMA: NOR SHAMIZA BT MOHD ABU SUHOR
KELAS: 5ICT2
UMUR: 17 TAHUN
KEMAHIRAN: MAHIR DALAM MEMASANG DAN MEMBUKA KOMPUTER.
JAWATAN DISANDANG: PENGAWAS SEKOLAH, SETIAUSAHA
SUKAN & PERMAINAN HOKI.
EMAIL: norshamiza@yahoo.com
Ketua Editor
NAMA: MUHAMMAD ADDIN B MOHD SUKRI
KELAS: 5ICT2
UMUR: 17 TAHUN
KEMAHIRAN: MAHIR DALAM BIDANG PENGKOMPUTERAN
JAWATAN DISANDANG: PENGAWAS TEKNOLOGI MAKLUMAT,AJK KELAS 5IT2,AJK SKUAD DENGGI,KETUA BLOG.
Profil Sekolah
Nama Sekolah :
SMK Munshi Abdullah Alamat Sekolah: 45100 Sg Ayer Tawar Sabak Bernam Selangor
Kod Sekolah:
BEA6042Email Sekolah:smkmunshi@gmail.com
Telefon dan Faks Sekolah:
0332136226
Jarak ke PPD:
26 km
SMK Munshi Abdullah Alamat Sekolah: 45100 Sg Ayer Tawar Sabak Bernam Selangor
Kod Sekolah:
BEA6042Email Sekolah:smkmunshi@gmail.com
Telefon dan Faks Sekolah:
0332136226
Jarak ke PPD:
26 km
Thursday, 23 June 2011
Kelas Terbilang
Pemenang Kelas Terbilang
Sekolah SMK Munshi Abdullah telah mengadakan kelas terbilang kepada semua kelas melibatkan menengah rendah dan menengah. Objektif pertandingan ini dijalankan adalah untuk memupuk para pelajar mencintai kelas dan sama - sama berusaha menjadikan kelas mereka sebuah tempat yang kondusif dan releven untuk aktiviti P&P.
Di harap semua kelas dapat bersaing untuk pertandingan ini...
Di harap semua kelas dapat bersaing untuk pertandingan ini...
Tuesday, 21 June 2011
SUKAN SATU MALAYSIA
Gabungan tenaga rakyat pelbagai kaum untuk harum negara: Najib
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, bidang sukan adalah gambaran sebenar kepada konsep 1Malaysia yang membabitkan penggemblengan tenaga rakyat pelbagai kaum untuk mengharumkan nama negara.
Perdana Menteri berkata, bidang sukan juga menepati satu daripada prinsip 1Malaysia yang dilhamkannya, iaitu kebersamaan apabila atlit pelbagai kaum mewakili negara bagi mengharumkan nama Malaysia.
"Apabila saya mengambilalih pentadbiran, saya memperkenalkan konsep 1Malaysia dan satu daripada prinsipnya ialah kebersamaan.
"Ini bermakna setiap warga negara adalah penting untuk negara, setiap warga negara menyumbang kepada kejayaan negara dan setiap warga negara perlu mendapat pembelaan," katanya berucap pada majlis Malam Amal-Anda Tetap Di Hati dan pelancaran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), di sini malam tadi.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri yang juga Penaung Yakeb, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Turut hadir, Pengerusi The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang; CEO Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Datuk Seri Farid Ridzuan dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mior Kamarul Shahid.
Majlis makan malam itu diadakan untuk mengutip dana Yakeb bagi membantu bekas atlit yang kurang bernasib baik selepas mereka bersara daripada bidang sukan. Program amal itu turut mendapat sokongan Media Prima dan NSTP yang mempamerkan gambar detik kejayaan atlit negara. Artis Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan dan Rani Mukherji turut dijemput dan membuat persembahan.
Najib berkata, penubuhan Yakeb adalah selaras dengan konsep itu untuk terus membantu bekas atlit yang pernah mengharumkan nama negara.
Beliau berkata Yakeb menggambarkan semangat 1Malaysia kerana dalam sukan tidak ada batasan kaum, agama dan fahaman.
Najib juga menyebut tiga bekas atlit yang mendapat perhatian Yakeb iaitu N Nandarajan, bekas jaguh olahraga yang kini kecederaan kepala serta dua bekas pelumba basikal negara, Ramli Hashim yang menghidap sakit jantung dan Toh Kim Soon (kencing manis).
"Ketiga-tiga mereka mewakili rakyat Malaysia (jadi) apa bezanya mereka bertiga? Mereka semua rakyat Malaysia dan kita bantu mereka," katanya.
Sementara itu, Rosmah mengumumkan penubuhan Koperasi Atlet Malaysia Berhad dan beberapa skim perlindungan insurans bagi meringankan bekas atlit negara khususnya yang kurang upaya dan uzur.